Thursday, September 3, 2009

hari bahagia

24 SEPTEMBER 2009 adalah tarikh keramat yang aku dan sidia pilih untuk kami melangsungkan perkahwinan dan pada hari itu nanti aku berharap semua yang hadir akan mendoakan kebahagiaan kami dunia akhirat.
Melangkah kaki ke alam perkahwinan bagi aku satu perasaan yang menyeronokkan tetapi di sebalik itu timbul kerisauan "mampukah aku menjadi isteri yang solehah di sisi sidia yang banyak bersabar dengan tingkah laku aku yang sering menyakitinya"?

Thursday, August 13, 2009

Manusia tak kan sedar jika belum JATUH

Kita nak ajar org lebih tinggi daripada kita perlu mempunyai kekuatan dari segala segi termasuk zahir dan batin....perfectlyyyyyyy baru leh fight! kita yang kecik sentiasa berada di bawah akan sering ditindas oleh durian yang tak pernah sedar kesakitan orang lain yang berada di kanan.kiri,bawah mahupun atas....tapi kesabaran yang diberi kepada kita sebagai lawan durian memang dipujiNYA.....suatu hari aku pasti durian tak kan jadi RAJA lagi! Tuhan Maha Memberi dan boleh mengambil nikmat bila-bila masa yang dikehendakiNYA.... Kita kena sabar dan tunggu je lah masa itu akan tiba....

Thursday, August 6, 2009

kijer kijer kijer

hari-hari dalam hidup aku banyak masa aku habiskan untuk keje. name lagi keje ngan org kan? bila lah agaknya aku nak jadi tauke sendiri yer? korang doa-doa lah kat aku supaya aku dapat jadi tauke yang baik,adil dan bijaksana nanti..amin.. aku tau korang pun sibuk ngn keje masing-masing gak kan? tak keje xdapat ler gaji tul x? tak dapat gaji xder lah duit nk blnja sakan..tak gitu?

Monday, August 3, 2009

penantian yang pasti datang

Aku ngah tunggu saaaaat paling bahagia lam hidup aku..seme preparation dah dibuat dan aku rasa xsabar dan takut pun ada gak.tapi aku yakin ALLAH SWT akan bagi kami kebahagiaan dan keberkatanNYA...

Tuesday, July 28, 2009

balik kampung

Dengan sukacitanya aku akan ditukarkan ke kampung halaman dan lapor diri pada 3aribulan ogos MERDEKA!!!...wah itu adalah impianku selama ini nak balik duk kg, dah bosan duk negeri orang asik sakit jer. xder lah seme negeri best sebenarnya tapi hujan emas negeri orang, ujan batu negeri sendiri.. wah bermadah pujangga aku..ape2 pun aku akan tetap letakkan segala kenangan di perantauan di hati aku sampai bila-bila...tenkiu u all coz gve sweet life...

Sunday, July 26, 2009

PERGINYA PERMATA INDUSTRI SENI

"Yasmin Ahmad" siapa yang tidak pernah kenal dengan nama ini.siapa yang tidak tahu orangnya. Semua orang tahu. Satu persatu filem,satu persatu juga tomahan yang hadir seiring dengan filemnya. Inilah manusia yang suka mencari 1MALAYSIA tapi pernah tak kita terfikir sebelum ini? Arwah lebih suka bermain dengan isu kaum,perpaduan,cinta,kasih sayang, TETAPI kenapa kita terlalu cepat melatah??? Al-Fatihah...

bahagia & derita

aku berjaya jugak akhirnya bukak blog ni...sebnrnyer aku lupa psword daaaaa...
aku skrg semakin bahagia dengan kerja baru dan agak sedikit derita jugak ngn kejer ni coz aku ni buta jalan....nak cari tempat satu2 assigment tu mesti aku sesat dulu tapi aku usaha gak cari sampai dapat....usaha tangga kejayaan lah kata kan..
aku rindu gile ngan kawan2 aku dulu...mane dorang ni seme???
masa aku baru pergi dulu rindu lah apa lah tapi aku tau perpisahan perit tapi bila lama dah bese aku xder n ada pengganti kot...ilang lah rindu...gitu ker wahai kawan2 'seperang' aku?